
Salam semua...
Hari nie exam Pembangunan Diri 3..

Esok pulak tak ade exam.. exam seterusnye pada hari rabu

Salam semua...
Hari nie exam Pembangunan Diri 3..

Esok pulak tak ade exam.. exam seterusnye pada hari rabu

BELUM pun setahun menjalinkan hubungan cinta, Sharnaaz Ahmad, 27, dan Shila Amzah, 22 terpaksa menelan kata nista yang tidak suka akan gelagat mereka.
Malah, ada pihak mendakwa Sharnaaz seorang yang kuat cemburu sehingga hubungan mereka pernah beberapa kali berantakan. Tidak cukup dengan itu, Sharnaaz juga dikatakan tidak tahu menghormati ibu bapa Shila apabila tanpa segan silu menunjukkan kemesraan mereka.
Tidak berdiam diri dengan cemuhan dan dakwaan tidak berasas sesetengah pihak, Sharnaaz menjelaskan perkara sebenar kepada Zass.
“Secara jujurnya saya tidak tertekan bila dicemuh dan di tuduh macam-macam. Bila orang ambil tahu mengenai hubungan kami, saya rasa ia satu penghargaan.
“Jika dahulu dunia saya adalah kawan-kawan dan keluarga saya, tetapi kini selepas berkawan dengan Shila, keluarga dia juga adalah keluarga saya. Saya juga sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan keluarga dia.
“Cuma lebih banyak cerita yang tak benar dikeluarkan berbanding cerita sebenar. Saya juga manusia biasa, bila orang cuit mengenai hal keluarga saya, tentulah saya marah.
“Saya akui, kadangkala kami ada bergaduh, biasanya pergaduhan itu cuma salah faham dan kami akan okey selepas itu, tetapi bukanlah sampai Shila mencampak telefon bimbit ke dinding. Saya cabar pihak yang mendakwa kami bergaduh di belakang pentas itu, bawa bukti tersebut ke depan,” katanya.
Menjelaskan dengan lebih terperinci, Sharnaaz berkata percintaannya dengan Shila bukan satu eksperimen atau sekadar suka-suka, sebaliknya mereka berdua telah melakukan perancangan dalam perhubungan tersebut.
“Saya dan Shila memang ada perancangan untuk bertunang dan berkahwin, tetapi kami akan berkahwin bukan kerana paksaan orang luar. Perkahwinan ini perkara besar dan memerlukan perancangan yang sewajarnya.
“Jika sudah tiba masanya kami akan berkongsi berita gembira ini dengan semua,” katanya.
Bukan panas baran
Apabila dilihat lantang meluahkan perasaan mengenai tohmahan orang menerusi laman sosial Twitter miliknya, ada peminat telah melabelkan aktor yang berasal dari Pulau Pinang ini sebagai seorang yang panas baran.
Namun, bagi Sharnaaz sendiri, jika seseorang peminat itu pernah berjumpa dengannya atau pun mengenalinya dengan lebih dekat, istilah panas baran itu tidak pernah wujud.
“Macam saya katakan tadi, saya bukan seorang yang panas baran, cuma bila ada orang cuit kita, sesiapa pun akan marah.
“Tapi bila peminat kenal saya dan pernah jumpa saya secara dekat, mereka tahu saya macam mana. Hanya mereka yang melihat saya melalui Twitter saja yang melabelkan saya panas baran,” katanya.
Tidak merasakan hubungan cintanya telah merosakkan karier seninya, Sharnaaz berkata, perjalanan kariernya bergerak dengan baik dan dia juga tidak putus-putus menerima tawaran buat masa ini.
“Mungkin hujung tahun ini filem lakonan saya akan menemui penonton di pawagam. Dalam filem tersebut saya memegang watak sebagai seorang samseng yang psiko dan mungkin orang akan lagi membenci saya selepas menonton filem itu (ketawa).
“Selain itu, bulan ini drama lakonan saya Suri akan disiarkan di TV3 dan juga drama Bukan Bidadariku. Tidak lama lagi saya akan memasuki set penggambaran Dendam Sarakit bersama Fasha Sandha,” katanya.
Shila akui terkilan
Sementara itu, Zass juga turut mendapat pandangan Shila bagi mengulas dakwaan liar sesetengah pihak mengenai hubungan mereka.
Sama seperti Sharnaaz, Shila tidak merasa tertekan dengan tohmahan orang luar, namun mengakui terkilan dengan pihak yang kononnya lebih mengenali mereka.
“Kadang kala Shila akui terkilan bila ada pihak membuat pelbagai spekulasi yang tidak berasas mengenai hubungan kami. Tapi Shila lebih senang mengambil cerita negatif ini dari sudut yang positif.
“Shila akui tak semua yang kita buat mendapat sokongan orang lain, tapi Shila masih bersyukur kerana masih ada pihak lain yang mendoakan yang terbaik untuk hubungan kami.
“Bila orang kata Sharnaaz kuat cemburu, bagi Shila normallah bila pasangan kita ada perasaan cemburu. Malah ayah Shila sendiri kadangkala masih cemburu bila orang melihat mama, walaupun mereka telah berkahwin,” katanya.
Walaupun baru berusia 21 tahun, Shila berkata, dia bersyukur kerana melalui dugaan ini pada usia muda dan boleh dijadikan sebagai panduan buatnya selepas ini.
“Ada yang kata, Shila ambil masa bertahun untuk berada di tempat Shila berdiri sekarang tetapi kini ramai pula yang mahu menjatuhkan Shila.
“Tapi bagi Shila sendiri, Shila bersyukur melalui pengalaman ini pada usia muda kerana mental Shila masih kuat untuk melaluinya. Malah ini juga adalah harga yang perlu Shila bayar bila menceburi bidang ini.
“Shila terima dengan hati dan tangan yang terbuka. Shila bersyukur kerana keluarga dan Sharnaaz sendiri banyak memberi sokongan,” katanya yang bersedia untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda jika sudah ditakdirkan berkahwin awal.

Macam-macam cara orang menipu nak cepat kaya. Kisah kali ini ada seorang hamba Allah memaklumkan kes yang menimpa dirinya baru-baru ini. Mangsa membuat pembelian satu Portable Hard Drive 500 GB di PC Fair 2012. Oleh kerana HDD ini menimbulkan syakwa-sangka, mangsa pun membuka HDD tersebut dan apa yang dilihat di dalamnya, lebih mengejutkan lagi.


Nak beli external hardisk, tapi apa yang ada pendrive je kat dalam. Disk nya melayang entah ke mana. Tentu-tentunya space 500GB tu tak mungkin mencukupi. Mungkin ini taktik para peniaga di PC Fair pada hari Ahad sebelah petang di mana rata-rata akan melakukan jualan murah penghabisan stok. Bila pembeli balik rumah dan cuba gunakan barang yang mereka beli, baru tahu diri tertipu. PC Fair pun dah habis. Nak cari dari alamat di resit tu, gerenti mesti palsu.
Jadi lepas ni, kita perlulah lebih berhati-hati dalam membuat pembelian. Tapi kalau kami pun gerenti tertipu. Mana nak sangka jadi macam ni kan? – Lowyat
Fasha Sandha diumumkan telah hamil oleh pengurusnya, Nik Yasmin melalui kiriman pesanan BBM yang dihantarkan kepada rakan media, Media Hiburan sebentar tadi.
Fasha Sandha & Jejai melakukan pemeriksaan doktor sebaik sahaja pulang daripada berbulan madu dan disahkan hamil selama 2 minggu. Kedua-dua pasangan ini yang telah diijabkabulkan pada 28 April 2012 dinasihatkan doktor agar tidak melakukan kerja-kerja berat.
Manakala, Fasha melalui laman Facebooknya berkongsi berita gembira ini dengan peminat berbunyi, “Bunting pelamin. Rezeki dari Allah yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami berdua dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan utk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin.”
Tahniah buat Fasha & Jejai


Assalamualaikum semua.
tak kenal dah la. hohoho
,
maybe die tak tau kot ade kelas...
buat web nie gune Adobe Dreamveawer CS5...
ahad pulak cuma aku dan zyed jer yang datang ...
..
...
tapi yang tak bestnye henpon aku hilang






Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi.
Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan.
"Saya bergegas ke rumah selepas melihat keadaannya saya segera mendapatkan bantuan hospital dan pemeriksaan paramedik kemudiannya mengesahkan Bob sudah pun meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu Bob kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu baring serta beberapa kali rebah.
Difahamkan Bob sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal kerana sakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair serta mengalami masalah obesiti.
Sementara itu, salah seorang rakan niaga arwah Jumie Mohamad, 37, berkata, kali terakhir bertemu arwah kelmarin.
“Saya bawakan Bob kentang untuk bersarapan dan sebaik selesai makan dia berasa penat dan mahu tidur, sebelum itu dia minta saya tolong angkatkan kakinya,” katanya.
Menurutnya, dia dapat melihat keadaan arwah amat keletihan dan dia sendiri tidak dapat berbual panjang seperti kebiasaan.
“Saya senang berurusan kerja dengan arwah kerana dia mudah bertolak ansur serta boleh dibawa berbincang dengan mudah dan kehilangannya amat dirasai,” katanya.
Seorang lagi rakan arwah, Emri Shamriza Chi Embi,33, memberitahu arwah ada menghubunginya jam 4.30 pagi tadi.
“Biasanya dia akan berbual tetapi perbualan cukup singkat tidak sangka hari ini dia sudah tiada,” katanya.
Tambahnya lagi, sahabat baiknya itu disifatkan senang bergaul dan dia sendiri banyak menimba pengalaman bermain alatan muzik dari Allahyarham.
Isteri Allahyarham Normah Ahmad, 33, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih.
Tahap kesihatan Bob mula merosot selepas dia terjatuh ketika pengambaran selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas dan bengkak kaki.
Bob mengemparkan industri hiburan negara selepas berita palsu mengatakan dirinya sudah meninggal dunia tersebar melalui laman sosial 21 April lalu.
Jenazah Bob dimandi dan dikafan di Masjid Kota Damansara sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Negeri Sembilan.
Turut hadir melawat Allahyarham Bob ialah pelakon yang juga Presiden Seniman Harun Salim Bachik.
Terdahulu, berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.