Pertunangan Jejai Dan Fasha Sandha


DENGAN dua kali lafaz, pelakon sensasi, Fasha Sandha selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam tadi.
Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Moiddeen .
Fasha yang cantik dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini, dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal,
Saidatulnisa sempat melahirkan rasa gembira dan terharunya.
"Alhamdulillah, majlis ini telah pun selamat disempurnakan. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang hadir memeriahkan majlis nikah kami," kata pelakon TV Wanita Popular 2011 ini dipetik MH Online.

Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu diadakan di Tingkat 30, Windows on KL, Crowne Plaza Mutiara di sini dengan dihadiri lebih 300 tetamu.
Pada majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang.
Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.
KRONOLOGI CINTA FASHA-JEJAI :face19:
- Fasha Sandha dikatakan penyebab penceraian aktres Nora Danish dan Jejai pada Julai 2008.
- Khabar angin Fasha dan Jejai bercinta dikuatkan lagi dengan kedatangan Jejai ke lokasi penggambaran drama lakonan Fasha menaiki helikopter.
- Biarpun sering menerima kejutan dan hadiah daripada Jejai, Fasha menyatakan mereka hanya berkawan.
- Setelah sering berdolak dalik mengenai hubungan mereka, akhirnya pada 18 Mei 2010 Fasha dan Jejai mengakui bercinta.
- Fasha beperang dengan Tiz Zaqyah di Twitter pada Jun 2010 gara-gara pelakon Nur Kasih itu dikatakan cuba menggoda Jejai.
- Pada Januari 2011, Fasha dikatakan membawa diri ke Bali, Indonesia setelah terkilan dengan tindakan Jejai yang bercuti ke Jepun bersama Nora dan anak mereka.
- Bulan yang sama, Jejai sendiri membuat kenyataan rasmi bahawa dia dan Fasha sudah berpisah, namun tiada kaitan dengan Nora.
- Nora pula memberi kenyataan bahawa Fasha dan Jejai sebenarnya sudah berpisah sejak Oktober 2010.
- Sekitar Mac dan Jun 2011, gosip Fasha dan Jejai sudah berbaik kembali tersebar tetapi Fasha dikatakan belum bersedia menerima Jejai walaupun dipujuk dengan hadiah mewah.
- Kelibat Jejai kelihatan di majlis rumah terbuka Fasha tetapi Fasha menyatakan kehadiran Jejai hanya sebagai teman biasa.
- Penghujung tahun 2011, Fasha akhirnya mengakui kembali bercinta dengan Jejai dan berharap hubungan mereka ke jenjang pelamin.
- Gambar Fasha dan Jejai menghadiri kursus kahwin pada awal Mac 2012 tersebar di internet, namun Fasha masih berahsia tarikh dan lokasi nikahnya.
- Awal April 2012, gambar kad kahwin mereka disebarkan di internet sekali gus mengesahkan tarikh nikah pasangan ini pada 27 April 2012.
- Fasha dan Jejai selamat dinikahkan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 April 2012.

Bengkel Keusahawanan

Asslamualaikum..
semalam dan hari ni aku ade hari keusahawanan untuk semester 4,

kat ILDAS(Institut Latihan Dakwah Agama Selangor)
bengkel nie dibuat untuk bagi kite orang dapat mengetahui
cara-cara untuk berniaga nanti :face42:

Mase hari pertama tu mula-mula kene la check in &
aku dapat nombor bilik 28 :face64:

Dah amek kunci terus masuk dewan untuk dengar ceramah...:face4:
dah tengah hari,

Solat jumaat la pulakkkan...
solat jumaat tu kat PSIS(Politeknik Sultan Idris Shah)
rase seronok jugak la sebab setelah 9 tahun aku tinggalkan PSIS,
sebab dulu mase aku darjah 6 aku pernah menginapkat PSIS
3 hari 2 malam :132: .
yang aku ingat masjid tu dengan bilik asrama aku yang kat tepi sekali..
aku tengok pon nampak. heheh:face64:

Pastu balik la ILDAS balik dengar ceramah lagi..
pastu malam siapkan kerja kumpulan iaiu
kertas kerja RP..

Selain tu bincang jugak pasal rabu ni jualan untuk hari
keusahawanan..
aku kene design flyers.. ala2 iklan promot gerai tu.. huhu:face72:
pastu esoknye balik... :)

nie gambar-gambar yangsempat aku tangkap. uhhu:5:
Nie Kunci bilik


Tingkat 1 Bilik 28 ;)


zyed & groupnye..


group aku tengah bincang


hei bincang la.. main enpon jerk


Pintu bilik ;)


Dalam dewan audotorium :)


takde kerjer.. hehe


Tempat 'selamat datang'



Nampak bangunan hijau tu?
kat situ la asrama aku :)
ade aircond ! cool !

Kembali Ke Kolej


Salam.. hai buat semua.. ape khabarr..
hmm hari ni ade shoot tapi scene aku tak ade la sangat..
yang banyak zyed dan daus..:face72:

Hari ni pulak hari last day cuti sem.. esok dah nak
kembali ke kolej pulak..
huhuh rase malas jerr:face4:

assignment da la aku tak buat.. huhu tak tau la katekan...
nanti esok pandai2 la aku tengok2 orang punye hehe:10:

petang tadi aku daus zyed sempat la bergambar-gambar
saje2 jer hehe:face42: nie salah satu gambar tu
tengok atas daa..

Gempa Bumi 8.9 ricter Di Acheh Indonesia 11/04/2012

Hari ni gempa bumi berlaku:x::x:
patang tadi aku keluar pergi sungai besar..
tapi yang peliknye aku tak rase pun..:2:

ramai member-member aku rase kat sungai besar..
aku berharap semua berhati-hati lah
dan jauhilah kawasan pantai..
kuatir tsunami akan berlaku.


Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa
 
COPYRIGHT© SEGALA YANG TERCATAT DIDALAM BLOG INI ADALAH MILIK MUHD FARIS 2013